Monday, 22 July 2019

Tuntutlah Ilmu






Sumber : https://www.merdeka.com/dunia/buku-pelajaran-di-inggris-salah-jelaskan-soal-islam-dan-  yahudi.html

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah memudahkan baginya satu jalan untuk menuju ke Syurga"

(Hadith Riwayat Muslim)

Menurut hadis berikut, sebagai muslim yang mempunyai peluang untuk menuntut ilmu, kita perlulah mengambil peluang tersebut untuk menimba sebanyak mungkin ilmu pengetahuan kerana orang yang berilmu pengetahuan mempunyai kelebihan tertentu kerana ia dapat memberi petunjuk kepada kebaikan dan dapat membezakan yang hak dengan yang batil. 

Jadi, sebagai pelajar ipg yang akan bergelar seorang guru suatu hari nanti, saya menyeru rakan-rakan yang masih menuntut ilmu agar tidak mensia-siakan peluang dan amanah yang telah diberikan agar menuntut ilmu sebanyak-banyaknya kerana telah berkata Imam al-Syafi’e RA: “Menuntut ilmu itu lebih baik daripada melakukan ibadah sunat”.


No comments:

Post a Comment

Tuntutlah Ilmu

Sumber : https://www.merdeka.com/dunia/buku-pelajaran-di-inggris-salah-jelaskan-soal-islam-dan-  yahudi.html Daripada Abu Hu...