Ujian Standard Kecergasan
Fizikal Kebangsaan (SEGAK) merupakan bateri ujian standard kecergasan fizikal
bagi mengukur tahap kecergasan fizikal pelajar berdasarkan kesihatan iaitu
keupayaan sistem badan untuk berfungsi dengan efisien bagi membolehkan pelajar
melakukan stiap aktiviti dengan baik dan betul. Matlamat SEGAK adalah supaya
pelajar sentiasa peka dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk mengekalkan
tahap kecergasan fizikal supaya berada pada tahap yang optimum. Menurut buku
SEGAK Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia, SEGAK
perlu dijalankan 2 kali dalam setahun. Pada 11 Julai 2019 yang lalu, saya
bersama unit Tesl 1 telah menjalani ujian pre untuk SEGAK serta ujian bleep dan pada 11 September 2019
pula, saya telah menjalani ujian post. Ujian SEGAK tediri dari beberapa
komponen iaitu Indeks Jisim Badan (BMI), naik turun bangku, tekan tubi, ringkuk
tubi separa dan jangkauan melunjur.
Pada ujian pre, catatan BMI saya
19.32 yang terdiri dari berat badan sebanyak 50.7 kg dan berketinggian 162 cm.
Ukuran BMI tersebut menunjukkan komposisi badan saya berada pada tahap yang
normal. Pada ujian post, catatan BMI saya meningkat sebanyak 0.8 kepada 20.12
kerana berlaku penambahan berat badan saya kepada 52.8 kg. Pertambahan berat
badan ini berlaku kerana saya makan makanan berprotein tinggi seperti ayam
setiap hari serta mengambil makanan dalam jumlah yang besar kerana saya
memerlukan tenaga yang lebih untuk bersukan.
Untuk ujian naik turun bangku,
kadar denyutan nadi saya pada ujian pre adalah 128 denyutan per minit manakala
pada ujian post, kadar nadi saya menurun kepada 119 denyutan per minit. Dapat
dilihat bahawa berlakunya penurunan denyutan nadi. Hal ini berlaku kerana
stamina saya semakin bertambah dan saya semakin berjaya mengawal pernafasan
dengan baik hasil latihan yang konsisten setiap hari.
Ujian tekan tubi pada ujian pre
saya mencatat sebanyak 53 kali manakala ujian post saya berjaya meningkatkan
jumlah tersebut kepada 60 kali. Pertambahan yang mendadak ini menunjukkan
bahawa kekuatan otot tangan dan keupayaan daya tahan saya semakin meningkat.
Hal ini kerana pada setiap petang saya akan ke padang dan melakukan push up
sebanyak 30 kali secara konsisten dan kadang-kadang saya akan memasuki
gymnasium untuk bermain dumbbell yang menguji daya tahan otot saya.
Pada ujian ringkuk tubi separa
saya di ujian pre, saya telah berjaya melakukan sebanyak 35 kali ulangan, namun
begitu pada ujian post saya hanya mampu melakukan 22 kali ulangan. Hal ini
kerana saya telah melakukan dengan cara yang kurang tepat ketika ujian pre dan
berkat didikan Encik Jalani, saya mengetahui cara melakukannya dengan tepat
pada ujian post.
Jangkaun melunjur saya ketika
ujian pre adalah 51 dan ianya meningkat ketika ujian post menjadi 52. Hal ini
kerana kelenturan saya bertambah dalam tempoh 2 bulan tersebut. Saya melakukan
aktiviti regangan setiap hari selepas berjoging di petang hari dan latihan yang
efisien seperti itu berjaya meningkatkan kelenturan saya walaupun saya tidak
pernah menjangkakan ianya akan bertambah.
Akhir sekali, ujian bleep saya
pada ujian pre adalah tahap 4.2.Saya berjaya meningkatkan tahap saya dengan
begitu mendadak pada ujian post iaitu pada tahap 7.6. peningkatan yang mendadak
ini adalah kerana saya berjoging setiap hari dan pada hari minggu saya akan
berjoging pada waktu pagi dan petang. Saya juga menjaga pemakanan dengan
memakan makanan yang kaya protein dan mengamalkan tidur yang mencukupi.
GAMBAR-GAMBAR KETIKA UJIAN DILAKSANAKAN



GAMBAR-GAMBAR KETIKA UJIAN DILAKSANAKAN





